Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 17, 2013

P is my not so fav word




salam.

pagi ni drive belakang kereta P tetibe teringat kisah masa i amik lesen kereta *gelak sorang2 jap
oopps sorry tergelak pulak sensorang. lain kali kalau i nak gelak i ajak u'olls ok? tee hee

anyway it was back in 2007 masa i olls amik lesen kereta. sebenarnya masa tu macam nak melengah2kan masa nak amik lesen. i decided to amik jugak lesen cos one day tu my mom was driving then sekali angin dia datang. sangat sakit, i should know cos i had a few episodes myself. dah la tengah sakit then anak2 yang ada dalam kereta time tu xreti bawak kereta and takdak lesen. dengan keadaan dia yang tek berapa nak bagus time tu, terpaksa la jugak drove the car sampai klinik. and at that very moment, i promised myself untuk amik lesen kereta so that kalau terjadi another episode i can take over the car and drive her to the clinic. but of course that was the first and the last time ma had her episode masa tgh driving d'uh tak dapat la wan zailin nak berbakti pada nusa dan bangsa d'uh lagi sekali

so masa amik lesen tu, zahidi pun amik lesen jugak (27, single, ada phd y'all, sapa nak?) so tak de la mak nebes sangat dik non. anyway kami pun pergi la dengar ceramah sampai dua kali (muntah darah bosan) then amik computer test and tak sangka mak lulus, mak ingat mak ni buta komputer :)

anyway masa amik driving test tu pergi sendiri. biasa la i ni memang jenis suka pikir bukan2, so masa pergi tu memang nebes habis la, macam masa pegang tangan tok kadi nak dinikahkan dengan anak dara orang punya nebes. so first day tu pergi la dengan doa dan nebes yang memang takkan hilang. so mula sekali buat test driving, so encik jpj duduk la sebelah kami dan kami pun dengan konfiden walaupun nebes bawak la kereta tu. sampai kat simpang tetibe encik jpj kata, 'ok, turun sekarang' and i was like 'huh? what the?' punya konfius. later i found out, i tak tarik handbreak masa kat berhenti kat simpang. please la encik jpj, takyah koya sangat boleh tak?

disebabkan nebes yang tak hilang, and failed my first test, so tahap konfiden ketiak nivea pun macam dah kurang, dari 89% ke 54%. so berjalan la dengan lemah longlai lagi gemalai ke tempat 2nd test iaitu naik bukit. so when my name was being called, kami pun naik la kereta and yes, you guess it right! i failed naik bukit test.

so sementara tunggu abang driving school amik kitorg, i called babah and cried over the phone. Ya Allah, zailin. failed driving test je kot. xyah la nak koya menangis gaban sangat. it's not like Lah Ahmad tolak pinangan lu, xyah la nak rabak sangat weh!

so the week after that, i went again and alhamdulillah, lulus ujian bertulis... eh eh silap silap lulus driving test. itu pun masa u turn bukan main over lagi sampai makan jalan sebelah. then i looked at encik jpj yang ada dalam kereta tu dengan pandangan pusss in boots 2011 sambil mulut ber eh eh. dia kata, 'awak kenapa? nak lulus jalan je' so lulus la azab no 1. so sebab tahap konfiden uberman aaron aziz dah naik dari 89% ke 98%, kami pun berjalan la ke kawasan naik bukit test. masa tengah tunggu tu, ada la makcik ni dalam 50tahun++ pun nak amik driving test jugak. eh sebuk je makcik ni. so makcik ni pun masuk la kereta tu utk naik bukit setoek tu. dia start enjin pastu boleh tahan la dia ram minyak tu (tah la, main sebat je penggunaan perkataan, asalkan paham) pastu agaknya dia pun nebes macam i olls dia pun tekan la minyak sekuat2nya dan terus kereta tu meluncur ke depan macam yang dalam f1 tu, laju betul sampai kereta tu ke depan, langgar kereta yang ada kat bawah bukit tu and terbalik ke tepi. punya la panik orang ramai time tu, dorang cepat2 membantu menegakkan kereta itu kembali. pastu yang paling best, makcik tu keluar kereta, gelak tutup mulut sambil berlari sebab malu. and yes, i failed naik bukit, again.

so i came the week after that, buat test naik bukit, lulus and dapat la buat 3 point turn (itu ke nama dia?) and sebab takut fail lagi, letak cheat sheet kat seat sebelah. sambil masuk parking sambil curi2 pandang kertas takur salah buat. nasib baik encik jpj tu semua meyorok bawah bumbung sebab kepanasan so mereka pun tak nampak la cheat sheet i olls *gelak jahat

sebelum buat 3rd test, kami pun gatal2 tangan bawak kancil pusing area rumah. dah la gatal tangan, bawak mamat pulak tu dalam kereta. pastu nak u turn dah terkebil2 tepi jalan. ada la dalam 45minit pastu beranikan jugak lah diri u turn kat situ. pastu sampai rumah masuk la parking, agaknya tertekan minyak kuat terhiris la sikit bahagian depan kiri kereta sebab langgar dinding tu. sebab nebes babah dah nak balik keje, cepat2 la simpang kunci kat dalam rumah.pastu boleh pulak babah balik dia lalu sebelah kiri tu. the way he looked at me that day, will always remain in my memory. pastu dia jerit tapi tak la kuat sangat. 'sapa buat ni? zailin ke?' he never call me zailin, ever. so paham2 sendiri la yang bapak eh tengah marah time tu.
note: babah tak kasi anak2 dia bawak kereta sebelum ada lesen

so bila dah dapat lesen, paham2 je la macam kita je yang pandai bawak kereta, macam kita je la tau undang2 jalan raya. tee hee tapi sekarang dah ada anak and bawak soccer mom car so takde la nak speed macam jalan tu bapak kita yang punya!

sekian. pandu cermat jiwa selamat ye kawan2. and kalau drive balik kelantan, jangan pandang billboard 3V tu, ada ponti bertenggek kat situ, seriyes tak tipu.

kbai


No comments:

Post a Comment