Monday, August 27, 2012
#laterpost
wah, dah macam instag pulak nak hashtag bagai hewhewhew anyway since tetiba teringat so saja je nak post. the other day masa teman mr k kat hospital, cousin sister dia datang melawat. tengah borak dia pun tanya la dah tau ke gender no 2 ni, so cerita la kat dia since masa jellybeen dulu setiap kali scan mesti xnampak so gave up all hope sampai la time delivery baru lah tau dia is the baby girl gitew. anyway dia start cerita kata suruh tanya MIL sebab dia boleh tau and stuff liddat la.
so semalam masa kat bertandang beraya kat rumah ende teringat la insiden tu lalu aku bergegas bertanyakan soalan itu kepada ibu mertuaku. ok ayat nak spm level poyo gilew kowt. anyway i asked my MIL to check since anak dia 5-5 dia predict melalui kaedah yang sama.
kaedah apa, anda bertanya? haa puan-puan tuan-tuan mari-mari dekat-dekat ok poyos lagi sekali. anyway dia kata kalau nak tau next baby tu girl or boy tgk nipple kakak or abang dia kalau timbul dua dua belah maknanya lelaki kalau tenggelam maknanya perempuan. so masa dia tgk semalam dia kata anak lelaki. huish, berdup dap jugak la masa dia cakap macam tu. eventho i dont mind the gender of the baby, tapi since anak pertama dah girl mesti la ada sedetik lebih dalam hati rasa cam nak anak lelaki pulak. tho, kalau anak perempuan takyah spend so much on clothing since baju kakak dia ada but it's nice to experience jaga anak lelaki pulak. i know, i'm indecisive. but like i said, i dont mind if it's a girl or boy yang penting nama dah ada hewhewhew silap2 yang penting baby healthy :)
much love.
Sunday, August 26, 2012
kids and facebook nowadays
hello, sheyamat haghi ghaya :)
ok, post ni bukan untuk raya tapi post untuk meluahkan perasaan tak puas hati dengan parenting skills nowadays. i know i'm new with this parenthood thingy but i just can't understand how parents can create accounts for their toddlers on facebook. and the best part is they will log on to that account and write things on the wall as if the kids themselves do that. c'mon la people, takkan la kami ni bodoh benak and think the kids will write sendiri kan? ramai jugak la on my friendlist yang create account untuk anak mereka on facebook.
contoh eh:
account anak nama K wrote on her wall:
"hari ni mama kita bawak kita, adik kita jalan2, thank you mama. kakak and adik sayang sangat kat mama and papa sebab bawak kakak and adik jalan2"
nampak tak? apa la salahnya kalau mama tu tulis je kat wall dia:
"hari ni papa and mama bawak kakak and adik jalan2, dorg nampak sgt happy. nanti kita upload gambar jalan2 tu ok :)"
kan ke lagi nampak kemeriahan syawal kat situ? kenapa kena create account untuk anak tu? tak boleh ke tunggu sampai umur dia 18 tahun and decide for themselves sama ada dorg nak terjebak dengan dunia facebook atau tak. why can't we, as parents, let them decide that for themselves? as for me, 2008 baru ada account facebook. dulu kutuk kata facebook tak best sekarang addicted kat facebook pulak -.-'
ok, itu je la cerita pasal facebook ni. cos just now i saw my 6 years old cousin dah ada facebook and i went, "the hell?"
lain kali post gambar raya pulop~
Thursday, August 23, 2012
why do i even bother?
no one seems to respect the fact that i am the mother of jasmin.
when i say no one, i mean no one!
#facts
Thursday, August 9, 2012
awesome people google their own name, cos they're awesome liddat!
it's 3.35pm.
i am at the office.
i'm sitting at my place.
i have work to do.
i have tons of work to do.
i choose to go online instead.
appraisal is in two months time, way to go zailin!
well, here i am after done googling my own name (i know what you're thinking!) decided to stop by here and tell you all about it :) sila jerit 'encore' walaupun lagu belum habis please!
so lepas dah bosan baca blog orang (from ami schaheera to shea rasol to maria elena to fatin liyana) i decided to google my own name sebab walaupun kerja bertimbun tapi disebabkan ketiadaan ms kiran (ada training kat MOHE) dan ketiadaan Mr Norman (meeting...for the 100th time today!) so ada satu semangat yang bangkit dalam diri utk meneruskan usaha menggoogle nama sendiri.
ok, what i discovered so far...
1. i am not the only zailin in the world (owwwh sedihnya! rasa diri tetibe tak special)
2. there's a few chinese zailin i.e zailin guan, zailin ren, zailin tan (padanla kalau jawab phone kat ofis kalau tanya nama mesti dia tanya chinese ke)
3. nama zailin sangat popular di kalangan bangsa cina
4. nama zailin awesome :) (paling setuju)
kbai *wave
Monday, July 16, 2012
kisah duka di hari isnin
ok, our prayer has been answered. akhirnya Mr K dapat jugak kerja dengan KPKK (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan). tarikh untuk report duty ialah pada 1 Ogos 2012, which is 16 more days. time tu dah puasa. he called KPKK this morning untuk tau dia akan dihantar ke bahagian mana, ye la takut la kan kalau kena hantar ke sabah or sarawak. kalau bujang takde la kisah sangat kan, tapi dah ada anak isteri kena la buat arrangement siap2 kan. dia dapat di angkasapuri which is okay lah kan. dekat la jugak dari nak kena commute back and forth ke putrajaya kan :)
and dapat satu cerita yang kurang gembira dari dia tadi which is, kerja dia nanti kena selalu on call. kadang2 tak boleh balik rumah kena tidur kat angkasapuri. so i asked him, 'raya nanti macam mana?' to which i already know the answer. alamatnya macam raya tahun lepas la. ke hulu ke hilir dengan jasmin berdua je without him :( sedih hokay! sapa nak raya macam tu? so raya kali ni pun tak balik kampung jugak lah jawabnya. hmmm...
rasanya lepas ni nak kena biasakan diri macam ni. jangan time nak bersalin esok pun kena on call jugak sudahlah. mau mak hangin!
Tuesday, July 10, 2012
baby baby jangan kau marah sebab ku tolak~
sekarang ni baby dalam perut dah 10 minggu 3 hari. dalam bahasa malaysianya bermaksud dah 2 bulan 2 minggu 3 hari. sekarang ni dah ramai kat ofis yang tegur, "eh lin, dah nampak baby bump la" which dibalas dengan "ni bukan baby bump, ni buncit. baby baru 2 bulan ++ tak nampak lagi" (-.-')
xpe la nak buat macam mana kan, dulu lps bersalin mini me sesuka hati je taknak jaga badan, kan dah sama gemuk dengan aishwarya rai ;P
anyway, sejak mengandung yang nombor dua ni memang lain betul ragamnya dengan masa mengandungkan mini me dulu. sekarang ni nak habiskan trimester 1 memang bercinta la orang cakap. everyday bangun pagi celik je mata terus kepala pusing, bukan yang biasa2 punya tapi tahap maha dewa gila babas la. lepas kepala dah start pusing mula la tekak pun buat hal dengan keloyaan tahap 7.5 skala richter. pagi2 nak bangun kena otak dengan badan akan berperang, otak kata kena gi keje hari ni nak kena buat ni, siapkan itu, hantar ini tapi badan pulak kata tak yah la gi kerja bukannya awak tu penting pun kat ofis tu. nampak tak percanggahan politik kat situ? tapi selalunya bangun jugak sebab the day before akan tinggalkan satu kerja so that esoknya akan datang kerja huhu
even makan pil pun bukan main susah lagi. setiap kali nak makan pil kena sediakan air banyak2 and something sweet or masam yang boleh menghilangkan rasa loya. padahal ubat bukan main kecik lagi. i don't mean to brag tapi wan zailin adalah orang yang paling pandai makan ubat, selalu makan ubat sambil tidur je. nampak tak terer kat situ?
so niat sekarang adalah nak habiskan trimester 1 dengan jayanya walaupun sambil loya2 dan kepala pusing. *tidur
Monday, July 9, 2012
bila mini me demam = cranky
setelah sekian lama mini me tak demam, semalam dia demam and agak teruk jugak la sebab dia pun cranky je sepanjang hari. nak bergayut je dengan abi or mami dia. malam tadi macam dah ok, badan pun dah tak panas tapi pagi tadi before ke ofis badan dia macam panas balik je. so Mr K dah agree to take EL. dalam pukul 10 tadi call rupa-rupanya dia dah sampai ofis. dia kata masa bangun tadi dia dah ok, badan dah tak panas so dia hantar naik rumah mak. so i called mak tanya, mak kata dia dah ok cuma taknak lepas je. nak masak pun kena tunggu dia tidur dulu. hehe takpe la yang penting badan dah tak panas :) lega sikit rasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
